BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 21 January 2012

Kisah 7.. SaYa BeKaS GaY!!!!...

   Pengalaman hitam 3 tahun yg lalu amat memedihkan jiwa. Ya!!!.. aku bekas gay.. Gay atau homoseks merupakan kecenderungan melakukan perhubungan sejenis. Kisah hitam itu aku akan kongsikan bersama-sama kamu semua supaya menjadi teladan kelak. 


   Tiga tahun lalu, aku amat berbeza dari sekarang. Cinta ku bukan untuk siHawa tapi siAdam, perasaan itu muncul apabila aku disekolahkan di sekolah 100% lelaki dan tidak ramai kawan perempuan, dengan perwatakan yang lembut aku di"cop" sebagai Pondan, Mak Nyah dan pelbagai nama gelaran yang membuatkan aku stress. Benar pepatah orang tua-tua " Kalau menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan" terdetik dalam hatiku untuk melampaui batasan fitrahku. 


   Aku mulai menunjukkan belang apabila aku di Tingkatan 4 kerana tahun itu merupakan "HoneyMoon Year". Muncul suatu perasaan yang tidak aku boleh aku lawan iaitu suka akan kaum sesama ku. Aku akan membuat apa sahaja untuk mendekati si dia sehingga si dia memberi respond. Aku mula pergi ke kelab dan menjalani kehidupan liar ku buat pertama kali. Aku mempunyai Kumpulan yang terdiri daripada 4 orang, merekalah tempat aku mengadu, menceritakan masalah dan tempat untuk aku menggembirakan hati. Mereka semua seperti ku, aku tidak mempunyai ramai kawan kerana sikap ku yang agak lantang!. 


  Semasa aku berada di Tingkatan Lima, seseorang telah mengetuk hati ku. Dengan ke-Esaan-Nya,Dia telah menghantar aku seorang perempuan yang mampu mengubah hidupku. Si dia tiba-tiba hadir. si dia banyak menasihati aku supaya sentiasa menjadi diri aku bukannya orang lain. Pada saat aku suka padanya, aku mengambil satu langkah untuk meninggalkan dunia lamaku, untuk berubah kita memerlukan masa. Aku cuba! cuba! cuba! untuk mengubah mata budak sekolahku tetapi mereka masih menganggapku sebagai orang yang sama, Hanya sidia, kawan2 sekelasku dan 4 orang ahli kumpulan ku tahu bahawa aku dalam proses perubahan. Di saat aku bersedia untuk bergorak langkah, si dia meninggalkan aku. Hanya tangisan sahaja mampu mengambarkan perasaan aku. Sedih, Marah dan Sakit hati mula mengelubungi diri ku. Adakah dia hanya hadir untuk mengubah diriku ini?


   Dua tahun berlalu, kini aku di Tingkatan 6 memulakan hidup baru tanpa kawan-kawan pada masa silamku. Kini aku menunggu si dia hadir semula dalam hidupku. Mungkin pada masa lalu aku dikenali sebagai "Gay",Pondan atau Mak Nyah... Tetapi sekarang aku menerima hakikat bahawa aku merupakan bekas gay. Aku berbangga dengan diriku sekarang kerana itulah aku. 


!aku sentiasa dalam dilema!

No comments:

Post a Comment