BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 30 January 2012

Kisah 20... hATi...

   Hati manusia memang selalu menerima dugaan.. Tabah dan Move on adalah perkara yang terbaik... Tapi adakah Hati kita adalah untuk dikecewakan??.. Tidak!!.. kerana kita layak untuk bahagiakan hati kita...



    Kisah Hati... Dulu, aku lebih dikenali sebagai insan yang berbeza personalitinya. Aku sentiasa mencari siapakah yang berjaya membuka pintu hati ku.. Tanggal 25 Jun 2009 Allah telah menemukan aku kepada seorang perempuan yang tinggi, cantik dan tabah.. telah membuka pintu hatiku... Malangnya, Jodoh kami hanya sementara tarikh 19 Januari 2010 aku terpakse break up dengan dia sebab "Saya nak tumpukan in study".. Aku faham lalu melepaskan dia.. Pada hari itu, aku telah menutup pintu hatiku untuk perempuan lain kerana aku yakin bahawa tiada yang boleh mengantikan dia untuk mengisi ruang hidupku..


    SPM berakhir terlalu pantas sejak itu aku tak pernah bertemu dengan cinta pertama ku... Hanya gambar di FB dan kenangan menjadi pengubat rindu.. Aku telah mengambil langkah untuk meneruskan hidup seperti biasa setelah dia pergi meninggalkan aku... Pada awal tahun 2011 aku telah bekerja di sebuah Pusat Membeli Belah di Ibu Kota.. Ingatan ku masih kepada si dia yang berada jauh di mata... 10 March 2011 telah menjadi bukti bahawa aku cuba untuk move on daripada bayangan lamaku.. aku telah ditakdirkan untuk bercinta dengan rakan sekerja ku.. yang bernama Z.. Malangnya hubungan kami hanya sekadar 2 bulan kerana aku masih tidak boleh melupakan bayangan lama.. aku tak boleh.. dan aku rasa bersalah kerana mengkhianati cinta Z lalu aku break up.. Aku tak boleh mengeksa hati aku.. kerana perasaan bukan bahan mainan... Sekali lagi air mata menyentuhi pipi.. Maafkan aku kerana aku tak boleh mencintai mu sepenuh hati kerana hatiku untuk orang lain...


    9 May 2011 aku telah melanjutkan pelajaran ke peringkat STPM.. Pertama kalinya aku mendapat classmate perempuan... Allah telah meletakkan perempuan yang seakan-akan Si Dia di depan mataku.. tetapi sayang... aku hanya suka bukan cinta akan dia.. lalu aku biarkan perasaan itu mengalir dalam tubuhku.. 2011 telah hampir kepenghujungnya.. aku masih meneruskan hidupku.. tidakku duga Allah telah menduga aku dengan wanita yang lain personality-nya dengan si dia.. tetapi perempuan itu telah memecahkan pintu yang ku bina untuk Cinta pertamaku... Aku mengenali perempuan itu dengan mengetahui masalah dan latar belakangnya.. aku cuba menghampiri dirinya dalam diam.. sehingga pada suatu hari aku memberanikan diri untuk menyatakan aku menyukai dia... Walaupun, jawapan dia kurang meyakinkan aku.. tetapi aku sanggup menunggu... 


   Pada  awalan 2012.. aku mengetahui bahawa dia menyukai lelaki lain.. Hatiku hancur dan berderai.. Ya!!.. Kecewa itu sakit... hati aku memang untuk dikecewakan.. Aku masih tidak boleh terima kepada dugaan yang besar berlaku kepada ku... Aku akan menunggu cinta pertama ku walaupun aku hanya bertepuk sebelah tangan.. aku hilang keyakinan dan aku takut untuk mencintai perempuan lagi.. kerana apabila hati dikecewakan bagaikan pisau menusuk di dadaku.. dan akhirnya aku rebah kesunyian..!!!... 

No comments:

Post a Comment