BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 2 November 2012

Kisah 37 : Perpisahan Dalam Persahabatan

Tarikh 1/November/2012 telah mengukir satu lagu sejarah dalam kehidupan kami dari kelas U6E1 di mana hari tersebut merupakan hari terakhir persekolahan tahun ke-13... Menyayat hati apabila harus melangkah keluar dari sekolah dan meningglkan angan-angan, cita-cita dan pelbagai kenangan pahit manis bersama......

Memori suka duka kami telah terisi di setiap sudut dan penjuru kelas di Blok Brother Lawrence, tingkat 2, kelas pertama.......  Bemula dengan 40++ orang pelajar yang belajar di dalam kelas yang sempit pada pertengahan bulan 6 tahun lalu.... KINI, hanya 28 orang sahaja yang mengambil peperiksaan STPM.... 



Seorang demi seorang yang melangkah pergi... Sekarang tibalah kami 28 orang pula melangkah keluar pergi meninggalkan dunia persekolahan.... Gelak tawa, Tangisan air mata menjadi sebahagian sejarah kehidupan kami..... AKU??? Masih menjalani hidup.... KAMI???... Bermulalah corak baru sebagai?? Pelajar Universiti???.. Insya-allah!!!!...


DOAKAN KAMI PELAJAR U6E1 (2012) YANG BAKAL MENJALANI PEPERIKSAAN STPM...

No comments:

Post a Comment