BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 31 January 2012

Kisah 21... tAkDiR Ku TeLaH TerTuLiS




Teruji sekeping hati dengan kehadiran insan yang memiliki ciri-ciri insan idaman.  Hati yang tertutup rapat dari sesiapa yang pernah datang mula menerima kehadiran seseorang yang menghulurkan tali ikatan.  Sungguh tidak terduga sebuah perasaan yang terpendam sendirian rupanya mendapat balasan.  Hati mana tidak berbunga harapan.

Setulus itu dia datang dan menyampaikan pesanan beserta sekalung ucapan yang terlalu indah dirasakan.  Namun, tidak terduga tangan yang sedang berupaya menyambut rupanya tidak kesampaian.  Dicantas tegahan dan mundur segala keriangan.

Di saat hatimu teruji dengan ujian yang sukar dilawan, kehendakmu ditentang tiada sokongan, pertemuan kian di jemput perpisahan, sudah pasti tiada suatu kata bisa menggambarkan hancurnya perasaan.  Namun, kita harus percaya pada takdir dan ketentuan.  Setiap segala yang berlaku diluar perancangan kita, barulah kita sedar bahawa ada kuasa yang maha Agung telah mengaturkan semuanya.

Jika sesuatu ditakdir menjadi milik kita,  berbekal usaha yang sedikit cuma, sudah mampu diraih dengan mudah.  Namun, jika sesuatu itu bukanlah ditakdirkan menjadi milik kita, perancangan paling mega yang kita cetuskan pun tidak mampu menandingi takdir Ilahi, sudah pasti kita tidak akan bisa memilikinya.

Segala yang ada di dunia ini adalah hak Allah.  kerajaanNya luas meliputi alam raya, angkasa dan segala-galanya adalah milik Allah.  Dan apa yang Allah kurniakan kepada kita, itulah rezeki kita jua dariNya.  Bersyukurlah.  Jangan di tangisi apa yang bukan menjadi milik kita.  Allah tidak mengizinkannya kerana Allah tahu kita berhak memiliki yang lain.  Allah sedang menilai kesabaran kita dan jika kita bersabar tentunya ada anugerah dariNya buat kita.

Terkadang cinta yang menginap di hati manusia jua suatu ujian.  Dihadirkan perasaan itu dan pula dijauhkan dari mendapatkannya.  Makanya, kita teruji dan mendepani hari-hari suram.  Cubalah sedaya upaya untuk menepis setiap godaan.  Percayalah bahawa jika sesuatu yang ditakdirkan betul-betul untuk kita, sesukar apa pun, dia akan kembali kepada kita.  Begitu jua lah sebaliknya.

Monday, 30 January 2012

Kisah 20... hATi...

   Hati manusia memang selalu menerima dugaan.. Tabah dan Move on adalah perkara yang terbaik... Tapi adakah Hati kita adalah untuk dikecewakan??.. Tidak!!.. kerana kita layak untuk bahagiakan hati kita...



    Kisah Hati... Dulu, aku lebih dikenali sebagai insan yang berbeza personalitinya. Aku sentiasa mencari siapakah yang berjaya membuka pintu hati ku.. Tanggal 25 Jun 2009 Allah telah menemukan aku kepada seorang perempuan yang tinggi, cantik dan tabah.. telah membuka pintu hatiku... Malangnya, Jodoh kami hanya sementara tarikh 19 Januari 2010 aku terpakse break up dengan dia sebab "Saya nak tumpukan in study".. Aku faham lalu melepaskan dia.. Pada hari itu, aku telah menutup pintu hatiku untuk perempuan lain kerana aku yakin bahawa tiada yang boleh mengantikan dia untuk mengisi ruang hidupku..


    SPM berakhir terlalu pantas sejak itu aku tak pernah bertemu dengan cinta pertama ku... Hanya gambar di FB dan kenangan menjadi pengubat rindu.. Aku telah mengambil langkah untuk meneruskan hidup seperti biasa setelah dia pergi meninggalkan aku... Pada awal tahun 2011 aku telah bekerja di sebuah Pusat Membeli Belah di Ibu Kota.. Ingatan ku masih kepada si dia yang berada jauh di mata... 10 March 2011 telah menjadi bukti bahawa aku cuba untuk move on daripada bayangan lamaku.. aku telah ditakdirkan untuk bercinta dengan rakan sekerja ku.. yang bernama Z.. Malangnya hubungan kami hanya sekadar 2 bulan kerana aku masih tidak boleh melupakan bayangan lama.. aku tak boleh.. dan aku rasa bersalah kerana mengkhianati cinta Z lalu aku break up.. Aku tak boleh mengeksa hati aku.. kerana perasaan bukan bahan mainan... Sekali lagi air mata menyentuhi pipi.. Maafkan aku kerana aku tak boleh mencintai mu sepenuh hati kerana hatiku untuk orang lain...


    9 May 2011 aku telah melanjutkan pelajaran ke peringkat STPM.. Pertama kalinya aku mendapat classmate perempuan... Allah telah meletakkan perempuan yang seakan-akan Si Dia di depan mataku.. tetapi sayang... aku hanya suka bukan cinta akan dia.. lalu aku biarkan perasaan itu mengalir dalam tubuhku.. 2011 telah hampir kepenghujungnya.. aku masih meneruskan hidupku.. tidakku duga Allah telah menduga aku dengan wanita yang lain personality-nya dengan si dia.. tetapi perempuan itu telah memecahkan pintu yang ku bina untuk Cinta pertamaku... Aku mengenali perempuan itu dengan mengetahui masalah dan latar belakangnya.. aku cuba menghampiri dirinya dalam diam.. sehingga pada suatu hari aku memberanikan diri untuk menyatakan aku menyukai dia... Walaupun, jawapan dia kurang meyakinkan aku.. tetapi aku sanggup menunggu... 


   Pada  awalan 2012.. aku mengetahui bahawa dia menyukai lelaki lain.. Hatiku hancur dan berderai.. Ya!!.. Kecewa itu sakit... hati aku memang untuk dikecewakan.. Aku masih tidak boleh terima kepada dugaan yang besar berlaku kepada ku... Aku akan menunggu cinta pertama ku walaupun aku hanya bertepuk sebelah tangan.. aku hilang keyakinan dan aku takut untuk mencintai perempuan lagi.. kerana apabila hati dikecewakan bagaikan pisau menusuk di dadaku.. dan akhirnya aku rebah kesunyian..!!!... 

Saturday, 28 January 2012

Kisah 19... SoRRy.. I CaN't bE PeRFeCt...


Aku ingin mengenalmu dengan sempurna
Tanpa bercinta yang saat ini perkara biasa orang lain lakukan. Cukuplah aku mengenalmu melalui murabbi dan keluarga. Kerana pernikahan adalah proses pengenalan yang berkesinambungan. Pernikahan bukanlah akhir bagi sesuatu perkenalan, namun sebenarnya awal  dari perkenalan. Aku memang tidak mengenalmu, namun aku akan berusaha mengenalmu semampuku, setelah kita halal untuk saling mengenal.

Aku ingin melamarmu dengan sempurna
Tanpa pertukaran hadiah valentine’s day terlebih dahulu seperti yang orang lain . Cukuplah aku sekadar hanya mengenalkan diriku dan keluargaku kepada keluargamu. Semoga tercipta keharmonian kerana menghormati kesucian pernikahan. Aku memang tidak mampu memberikan banyak harta untuk melamarmu, namun aku berjanji untuk berusaha mencari harta semampu kita. Harta yang halal untuk kita gunakan bersama.

Aku ingin menikahimu dengan sempurna
Tanpa terlalu banyak kemeriahan yang mendekati kenikmatan dunia. Cukuplah rasa bahagia yang menyelimuti keluarga, sanak saudara, sahabat, serta kita berdua khususnya, menjadi keriangan tersendiri, dalam haru yang tercipta berjaya mendirikan sebuah lagi masjd. Aku memang tidak mampu untuk memberikan kemewahan pada hari pernikahan kita, namun aku berjanji akan selalu membuatmu bahagia di hari-hari setelah pernikahan kita. Sesungguhnya pernikahan bukanlah fasa terakhir dalam perjalanan hidup kita, namun gerbang awal untuk membuka salah satu jalan menuju Syurga-Nya.

Aku ingin mencintaimu dengan sempurna
Tanpa banyak kata yang membalut kebohongan belaka. Cukuplah rayuan dan gurauan ringan untuk menghiasi pernikahan kita. Aku memang tidak pandai merangkai kata romantis selalu untuk mu, namun aku tahu bagaimana menjaga kedudukanmu. Kau bukan berada di atas kepala hingga selalu perlu disanjung puja, bukan pula berada di bawah kaki untuk dipijak dan dihina. Kau adalah tulang rusuk kiriku, dekat dihatiku untuk selalu ku cinta. Aku tidak berani berjanji untuk mencintaimu sepenuhnya, namun aku berani berjanji untuk selalu belajar mencintaimu sepenuhnya. Cinta sejati yang membuat kita semakin mencintai-Nya.

Aku ingin hidup bersamamu dengan sempurna
Tanpa banyak terpengaruh perkara yang menimbulkan perselisihan antara kita berdua. Cukuplah atas nama Allah segala tingkahlaku kita, disertai Al-Qur’an penerang jalan hidup kita, dan Al-Hadis pengiring liku hidup kita. Aku memang tidak dapat membuatkan mu bahagia selalu, namun aku berjanji untuk selalu ada dalam setiap suasana keadaan dan perasaanmu. Aku ingin menyediakan bahu dalam kesedihanmu, menjadi ubat penenang dalam kerisauan mu, serta melebarkan pangkuan di saat kelemahanmu.

Aku ingin memperoleh keturunan darimu dengan sempurna
Tanpa ego yang menaungi diri masing-masing, kita berdua membicarakan persetujuan dalam perancangan. Cukuplah kita berdua yang tahu akan keinginan dan kemampuan kita. Melalui mu, lahirlah buah hati kecil pelengkap hidup kita. 

Friday, 27 January 2012

Kisah 18... KaLu taK SuKe.. SaY It..!!...

     ****Sori kepada pembaca pompuan!!.. nie kes lepas geram okay??!!... ****


     Aku paling pantang pompuan cam sial.. bukan sundal.. bukan lagi terok..... Jangan giving hope kat lelaki... Jangan nak berlakon la pompuan... jangan nak permainkan perasaan lelaki... Fed Up okay??.. and not funny at all... kalu pompuan ingat lelaki tuh nak dok diam mmg tak la... dasar pompuan tak sedar diri... jangan nak ckap " I tak nak bercinta lagi".. bullshit!!!.. aku toleh mengatal "cikki" dengan jantan lain.... Aku dah malas nak layan pompuan sundal camnie... tp disebabkan dekat and baru kenal aku diam kan ajer la.... Aku sedar diri okay??!!.. sekurang-kurangnya aku berdiri di bumi yang nyata.. tp ko pikirkan la... masalah ko dalam tangan aku la pompuan.. tak yah nak tunjuk lawa la....!!!!!!!... Kalu ko rase aku nie tak layak untok ko.. cakap la!!!... jangan nak giving hope to guys okay... jangan sampai guy bawak geng letop muke ko tuh... Please la!!.. aku nie cume nak bagi nasihat kat sume pompuan and lelaki kat luar sane... dah banyak dah kes pompuan sundal nie!!!... kalu ko nak plastic dengan aku... aku 100000000000000000000000000000 kali boleh plastic dengan ko... bile jantan tuh takde baru nak carik aku mintak tolong... Bagos sangat!!!... kalu boleh aku nak sepak jer muke ko kalu ko nak mintak tolong dari aku... owwhhh!!.. 

Thursday, 26 January 2012

Kisah 17... bEzA nTaRa GaY, MaKnYah DaN StRaIGhT...

  Banyak beza antara istilah Gay, Mak Nyah and straight guy... jangan confuse okay??!!.. jangan pandai "label"kan orang kalu tak tahu makne nyer... hehehehehe.. aidil akan explain kan kat korang sume....




   Kita start dengan Straight Guy... dorang nie dikatakan lelaki sejati "strong guy".. Hanya layan pompuan TIDAK LELAKI!!!... dorang pnyer perangai paling keji dengan Mak Nyah.. tetapi dorang confuse dengan gay.. @Homosek!!.... sbb tuh la banyak Straight Guy end up tido dengan Gay!!.. 
Contoh!!.. Gambar Hiasan... STRAIGHT GUY....
Kedua!!... Gay.. gay yang payah ckit nak tahu dalam diri seseorang.. "Gay" selalu nyer berkawan dengan Straight Guy.. sbb Gay tak layan Mak Nyah sbb dorang anggap Mak Nyah nie Low Class... Dorang kalu jalan nampak lelaki Jambu ckit jer siap!!!... tapi kalu nampak lelaki jambur tapi "patah".. dorang tak pandang!!...
Kalu jalan2 kat Shopping Mall.. nampak ^^^^ Jauhkan diri anda!!...

Ketiga... Metroseksual Guy... Siapa yang Stupid!!!.. Metroseksual bukan Gay!!!... Metroseksual nie lebih dikenali Pretty Boy.. dorang bukan nyer gay tapi dorang seorang yang mengambil kira tentang Muka, Pakaian dan penampilan diri dorang... Hati Straight tp Fizikal adik2.... 

Cantik tak??!!.. Kalah Pompuan2 sume!!
Last sekali... Pondan @ Mak Nyah... dorang nie senang nak jumpe sbb nampak jer yang riuh-rendah kat mana2 tuh la group dorang... tp JANGAN gatal nak sound kalu anda nak balik bermaruah... hahahaha Paham??!!!.. dorang nie selalu nyer Fizikal nyer Lelaki tp Batin nye Pompuan... kate nyer..  Layan Jantan2 Jambu jerr.. kalu muke Cam pecah rumah lupekan!!!... 
contoh mak nyah berpakaian!!!... GAmbar Hiasan...
lain kali kalu jumpe laki2 yang pelik ckit jangan main "label" jerr.. tak baik... INGAT!!!... 




                                   

Kisah 16.. yoU and I..

Whispering secrets while looking at a watch,
My heart’s desperate story,
It’s okay to harm my form,
The more you demand I like it,
Say my name...
I’m scared that my heart would be revealed,
through the gaps between my fingers,
It’s too much for my heart I’m sad,
Wait a little longer and wait for me,
You and I, it can’t be yet,
I want to pester the watch more but,
In the future in which you are present,
Say my name...
The times when I first peeked around,
You and I were together,
You played with me, I liked you,
When I ask, you liked me as well,
What is my name....

I’m afraid my heart will be revealed in between my hands,
My heart is overwhelmed, it’s sad,
Please wait a bit more and wait for me,
You and I, we can’t be right now,
I want to push on the clock even more but,
In the future, which you will be in,
Please call out my name....
In a blink of an eye, I’ll be an adult,
I hope you recognize me, I hope you remember me,
Yes that strange child,
I really like your image that shines in between my hands...
As I twist it with my fingertips,
“hey, watch hands, run”,
Fly a little faster,
I close my eyes and cast a spell,
You and I, we still have a little left,
I don’t know what day or what time,
Just in case, in the future in which you are present,
If I’m lost,
To help me recognize you,
Say my name....


...Read it... Feel it...

Wednesday, 25 January 2012

Kisah 15...#07 CiRi-CiRi wAnITa IdAMaN...

 Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman (Aidil) lelaki adalah :





1. Mempunyai Keutuhan agama, Sesungguhnya kalau nak mencari pasangan mestilah seorang yang kenal tentang agama nya.. Seseorang yang boleh mendidik anak-anak kelak.

2. Cantik dalaman, Perempuan yang baik budi nya, lembut tutur kata sudah memadai untuk melenturkan hati sesiapa. Kalu cantik luaran extra Markah..

3. Lasak, Kerana bagi aku perempuan yang lasak mampu untuk menempuhi dugaan hidupnya dengan baik dan lancar tanpa mudah mengalah..

4. Tidak mata duitan, Aku lebih suka perempuan yang memandang aku kerana sikap aku... bukan kerana wang ringgit.. aku paling pantang perempuan take advantage kat aku.. **Serious!

5. Mampu membuatkan hati aku bergelora, Seorang perempuan yang ditakdirkan untuk aku mesti dapat membuatkan hati aku bergelora. Makan tak kenyang, mandi tak basah dan Tidur tak lena.. Kerana Allah sudah menjadikan dia untukku..

6. Memahami diriku, Aku suka perempuan yang tahu perasaan aku.. Bila aku ade masalah, Bila aku happy, and bila aku sedih.. Dia mampu memahami aku.. 

7. Pandai memasak, Walaupun aidil pandai masak.. aidil mmg berkenan dngan orang perempuan yang pandai masak.. sbb menunjukkan yang dia ada tanggungjawab satu masa nanti..

  Setiap kali memikirkan yang makin hari aidil makin dewasa.. aidil terfikir siapa penyeri hidup aidil nanti.. adakah seperti yang aidil bayangkan atau jauh lebih baik.. adakah dia seorang yang mampu meyempurnakan hidup aidil??.. sekarang aidil 19 tahun.. bilakah dia akan muncul 4 tahun??.. 6 tahun?? atau 10 tahun lagi??.. 

hanya melalui pandangan mata.. dia dapat mengetuk pintu hati ku

Tuesday, 24 January 2012

Kisah 14... BeZa nya CiNta DaN SuKa..

   Ramai yang keliru antara Suka(Like) dan Cinta(Love).. dua perkataan ini melambangkan perasaan yang hampir sama.. tetapi dua perkataan ini sangat berbeza .. jika anda yang pernah mengalami atau keliru tentang perasaan anda.. Saya akan terangkan kepada anda...

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.
.
6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita.


**Jangan salah mengunakan perkataan.. cinta merupakan ayat yang kuat.. 

Kisah 13... iKhLaS iTu MuDaH diLaFazKanN Tp SuKaR UtK DiLaLui..



 Ikhlas memang sangat mudah untuk diucapkan tapi sangat sukar untuk dilalui. Kerana itu, ia memerlukan satu proses yang panjang sehingga dapat membimbing kita pada sebuah keikhlasan.

Ketika cinta terhalang dengan restu orang tua, ketidakmampuan dan ketika harus menerima kenyataan orang yang di sayangi berkahwin dengan orang lain. Ketika rancangan hanya tinggal sebuah rancangan yang tidak akan wujud, maka adalah tidak mudah untuk menerima kenyataan itu, bahkan mungkin sangat sukar untuk kita menerimanya. Hari demi hari dilalui dengan air mata dan kesedihan.

Di kesunyian dan keheningan malam, kita menangis di hadapanNYA bukan untuk menyesali apa yang terjadi, tetapi menyesal kenapa kita belum dapat menjadi hambaNYA yang ikhlas menerima kenyataan ini.

Tetapi itulah hidup. Adakalanya kita harus mengalami sesuatu yang pahit. Apa-apa pun yang terjadi itulah yang terbaik buat kita meskipun kita sedih, kecewa dan merasa tidak adil.

Kita hanya berusaha untuk redha dengan semua ketentuan yang telah digariskan oleh ALLAH. Menerima apa-apa pun yang terjadi bukan bererti tidak berusaha untuk meraih sesuatu yang lebih baik. Tetapi berusaha untuk ikhlas dan menyerahkan semua ini kepadaNYA.

Ini akan menenangkan hati yang gelisah. Kerana disebalik kejadian ini pasti ada hikmahnya dan Insyaallah ia akan membimbing kita untuk menjadi seseorang yang kuat, sabar dan ikhlas dalam menjalani hidup.

Ketika kita ikhlas dan bersyukur dengan semua yang diberikan, Allah akan memberikan ketenangan yang luar biasa pada hati kita. Sesungguhnya sesudah kesulitan pasti ada kemudahan dan DIA akan memberikan jalan yang terbaik. Yakinlah bahawa rencana Allah itu lebih baik.

Buat sahabat yang sedang bersedih, kuatkanlah semangat, kerana Allah sayang kepada hambaNYA yang kuat dalam menjalani ujian dariNYA. Kerana sebenarnya begitu banyak anugerah dan nikmat yang diberikan olehNYA yang harus kita syukuri.

Selalulah berprasangka baik kepadaNYA dan bersyukur Allah masih memberikan ujian kepada kita. Itu bererti kita termasuk dari kalangan orang-orang yang masih diperhatikan olehNYA. Allah selalu memberikan sesuatu yang kita perlukan, bukan sesuatu yang kita inginkan. Oleh itu, DIA lebih tahu mana yang terbaik buat hambaNYA.

Ikhlas, sabar dan bersyukur adalah 3 kunci kehidupan. Tidak mudah tetapi sangat sukar. Tetapi tiada yang tidak mungkin jika kita mahu berusaha dan mencuba untuk menjalaninya dalam kehidupan kita.


Terima Kasih Ya ALLAH untuk kasih sayang, kekuatan dan semua yang sudah Engkau berikan kepada kami. Berikan petunjuk dan bimbinganMu kepada kami seperti yang telah Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang Engkau sayangi. 
Izinkanlah kami untuk untuk lebih dekat dan mencintaiMu.