Membutakan mata itulah erti cinta yang sebenarnya.. aku tak pernah merasakan cinta sebenar.. aku hanya insan biasa yang ingin tahu apakah erti hidup yang sebenar?
Sengsara dibuai cinta luka menunggu si dia yang tidak akan tiba, aku sudah hampir putus asa. 2 tahun aku menunggu dengan penuh rasa tertanya-tanya, adakah dia sedia menerimaku seadanya atau aku hanya bertepuk sebelah tangan. sedih! sedih! sedih! sedih! jika aku memikirkan nasibku yang hanya dibadai ombak semata-mata.
Hatiku, Jiwaku dan Mindaku hanyalah untuk si dia yang jauh di mataku. Aku tidak membenarkan sesiapa memasuki atau mencuri hatiku selain si dia kerana aku masih berharap bahawa aku lah cinta hatinya satu hari nanti.
Dua,Tiga malah Sepuluh tahun aku sanggup menunggu si dia kerana dia telah banyak mengubah diriku. Dari meninggi hingga merendah diri dia cekal mengubah sikapku. Dia juga perempuan pertama yang berjaya menawan hatiku yang keras seperti batu, dan hanya dialah yang mampu membuka pintu hatiku.
Aku malu untuk menyatakan bahawa aku masih mencintai dia, aku selalu ingin dekat bersamanya tetapi apakan daya aku cuma dapat melihat jalan hidupnya tanpa menyentuh dan mendengar khabar berita. Benar orang berkata "Cinta Itu Buta"., apakah benar cinta dia telah membutakan mata ku terhadap perempuan lain? Apabila aku membaca status facebook nya aku berasa gembira, bila dia berasa sedih aku juga dapat merasai kesedihan yang sama.
Apakah akhiran kisah cinta ku?. Mendapat cinta nya atau aku menderita kerana menunggu si dia. Ya Allah, engkau dengar lah rintihan hatiku. Aku memohon kepada-Mu supaya engkau membuka hati si dia yang ku cinta, kerana dialah nyawaku, laraku, jiwaku dan cintaku yang satu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment