BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 24 January 2012

Kisah 11.. KaWaN

   19 tahun aku hidup.. aku masih mentah untuk mengenali erti kehidupan... tetapi aku berasa masalah ini !!mesti!! di hadapi oleh semua orang.. Kehilangan Kawan.


  Duloo, kawan lah tempat ke-2 utk aku meluangkan masa, bercerita tentang masalah aku.. sekarang kawan la paling aku sukar untuk dipercaya.. Trust Me!!.. "jangan baik sangat dngan kawan-kawan..."

  Dalam dunia nie ade 2 jenis kawan.. 1st kawan berguna dan 2nd kawan tak berguna... kawan yang berguna akan selalu ada masa aku perlukan dorang.. kawan yang selalu menasihatkan kesalahan dan tempat dimana aku menangis. aku bersyukur sebab Allah dah kurniakan seorang kawan yang berguna, walaupun dia bukan islam tetapi dialah tempat aku cerita kisah suka duka aku.. tetapi Allah hanya berikan manusia itu 5 tahun sahaja.. dari tingkatan 1 hingga 5 dia di sebelah aku.. sekarang aku dan dia mempunyai haluan masing-masing..


  Dalam masa 5 tahun aku mempunyai ramai kawan yang aku selesa bersama mereka, tetapi aku kehilangan mereka hanya dalam masa sebulan.. Sorang-sorang pergi tinggalkan aku.. hanya kenangan yang ada untuk aku ingat kat dorang.. kesedihan aku tiada siapa tanya??!!.. tiada siapa peduli??!!..kehilangan mereka bagaikan hilangnya satu urat di hati aku.. sehingga aku lemah... aku lonely.. lonely.. lonely.. aku rindukan gelak tawa mereka.. aku rindukan riuh rendah kelas aku.. aku rindukan segalanya pada mereka... gambar di dinding menjadi pengubat rindu.. video kelas menjadi penghibur hati....


  Hidup aku tak pernah sesunyi.. segelap ini tanpa kawan-kawan.. setiap kawan-kawan aku adalah sebutir bintang yang menyinari dan menerangi hati aku.. bila aku berada dekat kawan-kawan aku.. aku berasa semua masalah aku hilang.. tension di minda hilang!!.. Aku masih belajar di sekolah lame.. setiap kali aku terpandang satu sudut ada saja kenangan yang muncul dari hujung minda ku... Air mata berkaca-kaca tapi aku menahannya.. hati bergetar tapi aku diamkan sahaja... Aku lemah tanpa kawan aku.. aku mudah jatuh tanpa mereka.. aku ingin kembali kawan-kawanku..  Hari-hari aku berhajat yang aku nie bermimpi di mana bila aku bangun aku masih bersama-sama kawan aku.. tapi itu tidak mungkin kerana masa tidak boleh berputar ke belakang... 


  Kini, aku telah mempunyai kawan-kawan baru... mereka adalah bintang baru hati ku.. tetapi mereka hanya menampal kedukaan hatiku.. hati ku masih milik kawan lamaku.. hari-hari aku teringat dan bersedih sendiri.. jauh di hati untuk melukakan hati kawan baruku.. kerana tergambar di muka mereka ikhlas untuk berkawan dengan aku... hati ku yang berdarah telah dibalut oleh keikhlasan mereka.. aku happy dngan dunia aku sekarang.. Ke mana saja aku pergi aku akan bawak segala memori dan kenangan aku bersama kawan aku... 




.....Korang bagaikan bintang yang menyinari hati aku....
Thank You.. sebab korang dah banyak melayan perangai aku selama nih.. aku hargai dan aku takkan lupa.. kepada La Sallian 2006-2010.. korang the best.. Jeff, Matt Banjos, Adib, Asnawi, Megat, Afiff dan yang lain.. aku rindu korang sangat.. setiap detik kita luang bersama aku takkan lupa.. 

No comments:

Post a Comment