BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 24 January 2012

Kisah 12... bE uRsElf AnD PaRtNeR

  Jangan jadik hipokrit.. Kamu tak perlu untuk berlakon untuk buat semua orang suka kamu.. sebab menjadi diri sendiri merupakan perkara terbaik.. 


  Tuhan dah jadikkan kita sesempurna kejadian.. tidak perlu tukar fizikal atau mentaliti anda.. kerana Tuhan juga telah takdirkan kita dengan pasangan kita.. Cuma perlu tunggu dan teruskan hidup.. 


  Tuhan dah tentukan siapa teman kita.. Selalunya teman kita kelak akan mempunyai perangai yang bertentangan dengan diri anda... Saya percaya Tuhan sudah tentukan seseorang untuk saya di dunia yang terbentang luas.. yang perlu saya tunggu adalah Pandangan Mata dan Takdir Tuhan.. 


   Tunjukkan diri anda yang sebenar kerana biar orang menilai kita sebagai diri kita bukan sebagai orang lain... **Kita jangan menilai orang dengan first look, sebab belum tentu penilaian itu betol.. Kenali seseorang melalui isi hati dan perangai.. JAUHI MEREKA YANG BERPERANGAI BURUK... 


   Si Hawa jangan letak banyak sangat Make-up di muka.. kerana lelaki lebih menyukai perempuan yang mempunyai NB (Natural Beauty).. serlahkan diri anda kerana "dirimu begitu berharga"... Pakai pakaian yang sopan kerana akan membuka pintu hati si adam... 


  Si Adam.. kurangkan ego anda kerana ego akan membunuh anda.. perempuan lebih prefer lelaki yang humble.. Si Adam jangan mudah lupa kerana perempuan selalu ingat akan anda... Si Adam jangan macho sangat.. sebab perempuan akan meluat dengan lelaki yang terlampau macho...


  Jangan mudah mendengar cakap orang.. kerana bukan mereka yang mencorak hidup anda..  sentiasa berserah diri kepada tuhan supaya anda mendapat teman yang sejati kelak.. 


Be UrSelf..

Kisah 11.. KaWaN

   19 tahun aku hidup.. aku masih mentah untuk mengenali erti kehidupan... tetapi aku berasa masalah ini !!mesti!! di hadapi oleh semua orang.. Kehilangan Kawan.


  Duloo, kawan lah tempat ke-2 utk aku meluangkan masa, bercerita tentang masalah aku.. sekarang kawan la paling aku sukar untuk dipercaya.. Trust Me!!.. "jangan baik sangat dngan kawan-kawan..."

  Dalam dunia nie ade 2 jenis kawan.. 1st kawan berguna dan 2nd kawan tak berguna... kawan yang berguna akan selalu ada masa aku perlukan dorang.. kawan yang selalu menasihatkan kesalahan dan tempat dimana aku menangis. aku bersyukur sebab Allah dah kurniakan seorang kawan yang berguna, walaupun dia bukan islam tetapi dialah tempat aku cerita kisah suka duka aku.. tetapi Allah hanya berikan manusia itu 5 tahun sahaja.. dari tingkatan 1 hingga 5 dia di sebelah aku.. sekarang aku dan dia mempunyai haluan masing-masing..


  Dalam masa 5 tahun aku mempunyai ramai kawan yang aku selesa bersama mereka, tetapi aku kehilangan mereka hanya dalam masa sebulan.. Sorang-sorang pergi tinggalkan aku.. hanya kenangan yang ada untuk aku ingat kat dorang.. kesedihan aku tiada siapa tanya??!!.. tiada siapa peduli??!!..kehilangan mereka bagaikan hilangnya satu urat di hati aku.. sehingga aku lemah... aku lonely.. lonely.. lonely.. aku rindukan gelak tawa mereka.. aku rindukan riuh rendah kelas aku.. aku rindukan segalanya pada mereka... gambar di dinding menjadi pengubat rindu.. video kelas menjadi penghibur hati....


  Hidup aku tak pernah sesunyi.. segelap ini tanpa kawan-kawan.. setiap kawan-kawan aku adalah sebutir bintang yang menyinari dan menerangi hati aku.. bila aku berada dekat kawan-kawan aku.. aku berasa semua masalah aku hilang.. tension di minda hilang!!.. Aku masih belajar di sekolah lame.. setiap kali aku terpandang satu sudut ada saja kenangan yang muncul dari hujung minda ku... Air mata berkaca-kaca tapi aku menahannya.. hati bergetar tapi aku diamkan sahaja... Aku lemah tanpa kawan aku.. aku mudah jatuh tanpa mereka.. aku ingin kembali kawan-kawanku..  Hari-hari aku berhajat yang aku nie bermimpi di mana bila aku bangun aku masih bersama-sama kawan aku.. tapi itu tidak mungkin kerana masa tidak boleh berputar ke belakang... 


  Kini, aku telah mempunyai kawan-kawan baru... mereka adalah bintang baru hati ku.. tetapi mereka hanya menampal kedukaan hatiku.. hati ku masih milik kawan lamaku.. hari-hari aku teringat dan bersedih sendiri.. jauh di hati untuk melukakan hati kawan baruku.. kerana tergambar di muka mereka ikhlas untuk berkawan dengan aku... hati ku yang berdarah telah dibalut oleh keikhlasan mereka.. aku happy dngan dunia aku sekarang.. Ke mana saja aku pergi aku akan bawak segala memori dan kenangan aku bersama kawan aku... 




.....Korang bagaikan bintang yang menyinari hati aku....
Thank You.. sebab korang dah banyak melayan perangai aku selama nih.. aku hargai dan aku takkan lupa.. kepada La Sallian 2006-2010.. korang the best.. Jeff, Matt Banjos, Adib, Asnawi, Megat, Afiff dan yang lain.. aku rindu korang sangat.. setiap detik kita luang bersama aku takkan lupa.. 

Monday, 23 January 2012

Kisah 10.. HaNdPhOnE BaRu.. AnD #30 ThiNgs aBoUt mE..

   Gong Xi Fa Cai.. hari nie Uncle Bob (Korean Uncle) belikan aidil handphone baru.. Alhamdullilah akhirnya handphone aidil K530i yang aidil pakai dh nak 4 tahun bertukar jugak... Suke nyer ade jugak orang pemurah nak bagi handphone.. and kepada Aunty Anne Thanks sbb belanja aidil beli memory card.. 


   Tahun baru cina.. Tahun nie Naga Air.. Mengikut Feng Shui.. "Qi" aidil tak stabil tahun nie. so, banyakkan berdoakan kepada Tuhan.. banyakkan minum air sbb aliran darah tak mengalir dengan betul.. akhir sekali, Tahun nie aidil tak dibenarkan kahwin.. hahahahaha **Lambat lagi la...


   Next cerita.. 30 things about me that you have to know.. 
  1. Male
  2. Muslim
  3. Annoying
  4. Caring
  5. Degil
  6. Suka bace komik
  7. Berbadan besar
  8. Kulit putih 
  9. Anak campuran "Melayu + Cina"
  10. Benci serangga yang terbang
  11. Tak suke belajar
  12. Suka shopping
  13. Boros 
  14. Garang
  15. Friendly
  16. Happy-Go-Lucky
  17. Kuat Melenting
  18. 166 cm (5Ft. 4)
  19. Senang jatuh hati
  20. Susah jatuh cinta
  21. Suka bergossip
  22. Ramai Kawan
  23. Ramai Jugak Musuh
  24. Sensitive deep to heart!!...
  25. Ex-Gay (Im Proud of myself)
  26. Childish
  27. Have a Big Dream
  28. Youngest Son in My family
  29. Anak Manja
  30. Very Practical person

Sunday, 22 January 2012

Kisah 9 ... WaNitA TaK sEMesTinYa PeRluKan LeLaKi...


Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah...