BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 2 February 2012

Kisah 24... #FoUR Is EMPat..



1) #4 Perkara Yang Menakutkan Aidil :
  • Tempat gelap...
  • Serangga (Terbang)
  • Tuhan (Of Course La)
  • Tengok Ghost Movie.. (Oh!!! Tidak!!!)
2) #4 Perkara Yang akan buat Aidil Gelak :
  • The Nanny..
  • My own Jokes..
  • My friends..
  • Bace Blog orang Lain..
3) #4 Perkara yang Aidil Sayang (I Love) :
  • My Parent..
  • My Best Friend (Forever)..
  • Money!!!... (Duit!!.. Duit!!...)
  • True Love (When??)..
4) #4 Perkara yang Aidil Benci (I Hate) :
  • My enemy..
  • Pengkhianat!!..
  • Perempuan / Lelaki Sundal!!!..
  • Bayar Hutang!!!
5) #4 Perkara yang Aidil tak faham :
  • Kenapa wujudnya Math??
  • Kenapa wujudnya cinta??
  • Kenapa manusia nak bercerai-berai (Musuh)??
  • Kenapa mesti ade orang yang bencikan kita??
6) #4 Bende yang mesti Aidil bawa ke mana sahaja (Kecuali Sekolah) :
  • Perfume (Be Delicious)
  • Handfree
  • Handphone (Nyawa)
  • Specs

Kisah 23... sUsAhNya.. MeNoLaK CiNTa


Sebenarnya, kehidupan tentang membuat pilihan cinta memang banyak ragam. Ada yang sukar mendapat jodoh kerana terlalu pemilih, ada juga yang sangat mudah mendapat jodoh namun akhirnya ditolak dengan alasan-alasan tertentu.

Memang susah untuk menolak seseorang apatah lagi jika dia pernah dekat dengan kamu. Tidak mahu menyakiti, takut kehilangan sahabat dan takut-takut yang lain lagi.

Jangan terlalu memberi perhatian kepada yang berlainan jantina

    Bila kita memberi perhatiaan yang lebih terhadap rakan yang berlawanan jantina, orang mana yang tidak akan salah sangka. Mungkin dia menyangka kamu sukakan dia dan terus mengajak  kamu untuk bertunang.  Padahal perhatian diberikan kita adalah sama sahaja dengan semua rakan – rakan yang lain.
Inilah pentingnya untuk kita membataskan diri bergaul dengan lawan jenis. Bukan hanya untuk keperluan kita sendiri, tetapi juga orang – orang yang rasa mendapat perhatian dari kamu. Jika orang tersebut mengetahui kamu sebenarnya tiada perasaan terhadapnya, dia akan rasa dipermainkan. Dan kita sudah tidak akan dipercayai lagi.

   Berhenti memberi perhatian kepada perkara yang tidak penting buat rakan yang berlainan jantina. 
Bergaulah sewajarnya, hanya yang sewajarnya. Jangan sehingga kita menyakiti sesiapapun,  sehingga merosakkan sebuah ukhuwah. 

 Cuba fikir dan bayangkan, jika kita atau saudara kita terkena perkara yang sama, iaitu merasa dipermainkan setelah diberi perhatian sekian lama, pasti kita akan merasa marah bukan?

Jangan tertipu Oleh Perhatian

   Akibat dari sebuah perhatian, biasanya bermula pada hati kecil yang mula merasakan jatuh cinta. Maka, kita  janganlah   mengambil kesimpulan bahawa si dia jatuh hati sdengan kita. Hindarilah perasaan-perasaan ini jika berdekatan dengan si dia, jangan disalah sangka setiap perhatian dari si dia. Ini sememangnya tidak mudah kerana fitrahnya manusia sangat suka diberi perhatian

   Penyakit  tipuan hati ini memang lebih banyak dirasakan oleh wanita, kerana secara fitrahnya wanita suka dipuji, di berikan perhatian yang lebih. Sebab itu juga wanita yang paling banyak mengalami patah hati. Oleh itu, batasilah berhubungan dengan lawan jenis yang boleh membuat semuanya kacau. 

Menolak Cinta

   Perkara sukar tetapi sebenarnya mudah, kesulitannya hanya kerana kita enggan menyakiti seseorang. kalau dia mengajak kita untuk berkapel, maka tolak sahaja. Jangan takut menyakiti hatinya, kerana dia hanya mengajak kita kearah kemaksiatan. Yang mana kita pilih, samada menyakiti dia ataupun menyakiti Allah?

   Jika dia ingin ta’aruf, suruhlah dia datang terus ke rumah ibu bapa kita. Janganlah sampai kita tertipu ta’aruf kosong, iaitu menghalalkan kapel dalam bungkusan ta’aruf. Jika kita tidak sukakan dia, jangan terus menolak, apatah lagi jika dia mengajak kamu berkahwin. Lakukan Istikharah dahulu, serahkan semuanya pada Allah. Kerana siapa yang tahu jika ternyata dia yang terbaik untukmu.

Wednesday, 1 February 2012

Kisah 22... DaLaM HaTi SiApA YanG TaHu...


    Siapa yang mengetahui isi hati seseorang? siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang? Bila kita melihat seseorang tersenyum apakah dia benar-benar bahagia? bila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? adakah kenyataannya seperti yang kita lihat?

   Hati, tidak ada seorang pun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita sendiri, kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati.

    Apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati.  Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang – kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu. Apabila kita bahagia tidak perlu kita memperlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain. Ketika kita bersedih tidak perlu juga mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita hingga membuat kita bersedih.

   Begitu juga ketika hati kita merasa jengkel, jangan sampai orang lain kena getahnya. Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu, tempat kita berserah diri. 

    Waktu ini, disuatu tempat ada hati yang begitu bahagia, seolah – olah  ia ingin tersenyum setiap saat. Ya, di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang sangat dia harapkan selama ini, dia sedang menunggu hari besar dalam hidupnya. Saya dapat membayangkan bagaimana hati yang dipenuhi dengan kebahagiaan, kesenangan dan suka cita.

  Tetapi sebaliknya, disini ada hati yang terluka kerananya, sedih kerana kebahagiaan yang dirasakan olehnya. Tahukah dia bahawa ada hati yang sakit disaat dia sedang merasakan kebahagiaan yang sempurna? Tahukah dia bahawa ada seseorang ingin menangis ketika dia tersenyum dan ketawa?

   Dalamnya hati siapa yang tahu? senyum kita masih ada, tawa kita kadang masih terlihat dan gurauan itu juga masih kita berikan kepada setiap orang di dekat kita, tidak ada yang tahu bahawa disebalik apa yang mereka lihat dari mimik wajah & tingkah laku kita sebenarnya kita sedang terluka.

   Kita ingin menangis saat itu, tetapi tidak ada yang tahu tentang itu. Hanya Allah dan kita sahaja  yang mengetahui dalam hati, hanya Allah tempat kita mengembalikan semua rasa di dalam hati, hanya Allah pengubat sakit & lara hati ini. Hanya  dengan mengingat Allahlah kita berusaha menenangkan hati ini ketika kebahagiaan seseorang  merenggut kebahagian kita, ketika tidak ada seorangpun yang memahami perasaan dalam hati kita.

Tuesday, 31 January 2012

Kisah 21... tAkDiR Ku TeLaH TerTuLiS




Teruji sekeping hati dengan kehadiran insan yang memiliki ciri-ciri insan idaman.  Hati yang tertutup rapat dari sesiapa yang pernah datang mula menerima kehadiran seseorang yang menghulurkan tali ikatan.  Sungguh tidak terduga sebuah perasaan yang terpendam sendirian rupanya mendapat balasan.  Hati mana tidak berbunga harapan.

Setulus itu dia datang dan menyampaikan pesanan beserta sekalung ucapan yang terlalu indah dirasakan.  Namun, tidak terduga tangan yang sedang berupaya menyambut rupanya tidak kesampaian.  Dicantas tegahan dan mundur segala keriangan.

Di saat hatimu teruji dengan ujian yang sukar dilawan, kehendakmu ditentang tiada sokongan, pertemuan kian di jemput perpisahan, sudah pasti tiada suatu kata bisa menggambarkan hancurnya perasaan.  Namun, kita harus percaya pada takdir dan ketentuan.  Setiap segala yang berlaku diluar perancangan kita, barulah kita sedar bahawa ada kuasa yang maha Agung telah mengaturkan semuanya.

Jika sesuatu ditakdir menjadi milik kita,  berbekal usaha yang sedikit cuma, sudah mampu diraih dengan mudah.  Namun, jika sesuatu itu bukanlah ditakdirkan menjadi milik kita, perancangan paling mega yang kita cetuskan pun tidak mampu menandingi takdir Ilahi, sudah pasti kita tidak akan bisa memilikinya.

Segala yang ada di dunia ini adalah hak Allah.  kerajaanNya luas meliputi alam raya, angkasa dan segala-galanya adalah milik Allah.  Dan apa yang Allah kurniakan kepada kita, itulah rezeki kita jua dariNya.  Bersyukurlah.  Jangan di tangisi apa yang bukan menjadi milik kita.  Allah tidak mengizinkannya kerana Allah tahu kita berhak memiliki yang lain.  Allah sedang menilai kesabaran kita dan jika kita bersabar tentunya ada anugerah dariNya buat kita.

Terkadang cinta yang menginap di hati manusia jua suatu ujian.  Dihadirkan perasaan itu dan pula dijauhkan dari mendapatkannya.  Makanya, kita teruji dan mendepani hari-hari suram.  Cubalah sedaya upaya untuk menepis setiap godaan.  Percayalah bahawa jika sesuatu yang ditakdirkan betul-betul untuk kita, sesukar apa pun, dia akan kembali kepada kita.  Begitu jua lah sebaliknya.